Monday, March 12, 2012

MATRI TERUS MEMBANGUN



Blok F Akademik dalam pembinaan


Astroturf Hoki 

 Sekolah Rendah Seri Melati pun telah mendapat bangunan baru pada awal Jan 2012 telah pun mula P& P
Bumbung telahpun siap Blok F

Ketika melintas masuk pintu pagar kedua MATRI jika masuk ikut Taman Melati Indah, Beseri TMI) sudah nampak satu blok bangunan dalam pembinaan. Insyallah jika siap nanti blok 4 tingkat ini, akan menambah lagi 16 bilik darjah.Ketika ini terdapat 24 kelas dengan jumlah pelajarnya seramai 734 orang pelajar. Ini dimana pengajian dari Tingkatan I ke Tingkatan VI(Marhalah Khassah).


Sesi latihan Vollyball

Latihan Volleyball setiap petang memahirkan skillnya kerja keras Cikgu Saiful Rahman dan Ust Mahadzir Muhammad seperti kata pepatah"Jika tak dipecahkan ruyong manakan dapatkan sagunya" hasilnya pada 11 Mac 2012 adalah pasukan "VT MATRI B18 2012" sekali lagi dipilih mewakili Negeri PERLIS yang mana Kejohanannya Bola Tampar MSSM 2012 diadakan di Kucing, Sarawak.





Saturday, February 18, 2012

MUTIARA YANG HILANG

Hujan turun amat lebat sekali pada pagi 11 Sept 2011 ketika Penulis selepas menghantar Isteri sekolah untuk mengadakan tusyen dengan pelajarnya. Lalu terus ke kedai Pak Ndak yang terletak kira-kira 1/3 Km dari sekolah untuk membeli ikan dan sayur. Hujan masih turun lebat lagi sebaik memberhenti kereta dengan menggunakan payung bagi kekedai Ikan...................tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ambulan menderum bunyi "Beacon tanda supaya diberi laluan bagi tujuan Resque" Aku sempat menoleh sekejap untuk dari mana hendak kemana ambulan itu nak tuju. Bisik hati kecil Ku kat mana pula ni kejadian yang tak diingini berlaku. Dalam sanubari Ku amat tertarik untuk respon apabila berselisih dengan kenderaan Resque atau Polis. Sebab suatu ketika dulu pernah berada dalam unit tersebut. Selesai membeli ikan dan sedikit sayur bagi masak tengahari ni. Sebaik Aku tiba kat terus di siangkan ikan termenung untuk dibuat gulai dan goreng hujan -hujan ni sedap jika ada gulai hati kecil Ku dok memreka resepi tengahari ni. Tiba -tiba handphone Ku berbunyi........Zaujah Ku telefon....."Budak MATRI terlibat kemalangan kat Jalan Kilang Gula." Terus Aku fikir kat mana lokasi ni jalan Kilang Gula. Terus Aku cal ayahku yang tinggal kat Kampung Baru, Jalan Kilang Gula. Dan mengarah ayahku tunggu kat rumah.....nak pergi ambil untuk teman ke tempat kejadian tersebut. Sebaik saja sampai kat rumah ayah Ku handphone Ku bunyi lagi.......Ustaz Mahadzir tertera nama pemanggil "Bang Mi tolong sat nama waris pelajar ni". Terus Aku jawab "Ana ada kat Jalan Kilang Gula ni.......dah nak sampai.........ni pun mai ambil ayah nak ke tempat kemalangan. Hati Ku rasa gemuruh dan ketar bila cuba memandu tapi.......ayah Ku ada kat sebelah terus saja jalan.

5 minit sampai Ku tempat kemalangan betul -betul dengan "spray pond"(kolam tadahan air untuk sistem cooling bagi operasi kilang gula) Aku cam sangat tempat tersebut dan faham amat sangat kerana 12 tahun bertugas di Kilang Gula didalam bahagian Pengeluaran dan Kejuruteraan. Jalan tutup dan di crosskan tape keselamatan" kelihatan kenderaan polis dan bomba, Jpam serta 2 Unit Carto(Super 6) berada tempat kejadian....... gemuruh dan debar ku kuat sekali terasa.......ayah ku rilex saja sambil berjalan melihat kebawah kakinya ....lecah sekali hujan lebat. Aku terus melihat dari jauh rakan sekerja .......Ust Khairul.....Ust Mahadzir.......Ust Shaari.......Pak Jo dah basah kuyup.....terus bertanya Usta Shaari siapa yang yang terlibat nama pelajar dan ketika itu dapat melihat keadaan Van yang dinaiki oleh 8 pelajar MATRI serta Saudara Shahidan.



Tuesday, June 28, 2011

MENGAJAR HINGGA KE AKHIR HAYAT

Allayarham Ketika Jamuan Raya 2011(31 Ogos 2011)

Selamat bertemu kembali.........pada posting kali ini penulis amat sedih sekali kerana atas pemergian Allahyarham Cikgu Desa Senawi pada hari Khamis 23 Jun 2011 jam 11.40am di wad ICU, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Allahyarham amat akrab sekali, setiap hari jika datang ke sekolah akan berbual-bual dgn penulis berbagai cerita lama ketika beliau mengajar di Sekolah Menengah Syed Hassan(sekarang sekolah sukan negeri) dan adalah guru penulis ketika belajar di tingkatan 3. Malahan penulis akan bertanya akan guru-guru lama ketika di SMSH allahyarham tahu akan status rakan mengajarnya. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan diletak didalam orang yang bertaqwa.

Sunday, May 15, 2011

"DARIPADA NYA IA DATANG KEPADANYA DIA KEMBALI"



Pada jam 4.20pagi tadi Warga MATRI dikejutkan dengan perginya Allahyarham Ustaz Yasamsuri bin Ismail, beliau telah di masuk kan wad HTF, Kangar sejak seminggu akibat kegagalan buah pinggang berfungsi dan telah menjalani proses Dialesis. Penulis begitu terkilan tak sempat untuk ziarah Allahyarham, malah allayarham banyak menceritakan masalah sakitnya dan penulis juga menbantu menjual nasi kerabu di sekolah dan akan mengambil order setiap kali ada rakan guru ingin membelinya. Penulis ada beberapa kali sempat menziarahi rumahnya di Taman Kemajuan, Kangar. Allahyarham Ustaz Ya mengajar Tafsir dan Usul Fiq dan BA form 1. Takdir telah menentu akan akhir umur kita. Semoga Allahyarham digolong orang yang bertaqwa

Monday, January 3, 2011

LEMBARAN MATRI 2011

Suasana pagi pada 2011 begitu nyaman sekali terasa hembusan 'angin timur'. Pendaftaran kemasukan ke tingkatan 1 sesi 2011 sudah menjadi rutin disemua sekolah .Kemasukan pelajar tingkatan 1 sebanyak 210 orang bagi sesi 2011 adalah generasi-21. Dari Sarawak hinggalah Thailand melaporkan diri pada hari tersebut. Bagi warga MATRI pada tahun ini membuat beberapa perubahan antaranya ialah Tuan Mudir baru bagi menggantikan Allahyarham Dato' Kaya Bakti Ust Dahlan bin Mohd Zain.

Sunday, September 19, 2010

PERGINYA SEORANG ULAMA MUJAHID

Allayarham Dato'Dahlan Mohd Zain

Hari adalah pertama selepas Cuti Persekolahan Sempena Aidil Fitri ketiadaan Allahyarham Dato Ust Dahlan@ disesi kami. Pemergiannya pada 19 September 2010(Sabtu) pada jam 0955am di kediamanya Kampung Kersik Matayer, Perlis selepas 41 hari koma dengan Paru-Paru Berair, serta kegagalan buah Pinggang berfungsi CCU, HTF.

Allahyarham bersama anak buah di MATRI : R-L: U.OMAR , Allahyarham U.DAHLAN, UST.IBRAHIM, U.ABD HADI, Berdiri: Hj WAN FARID



Keserderhanaan beliau amat dikagumi

Kiri : Allayarham U.Dahlan ketika bermesyuarat bersama C.Abduh serta AJK /JKR utk mendirikan blok A(Blok Akademik Pertama yg didirikan selepas Surau.


L-R :Allahyarham C.Yahya(21/6/2010)Allayarham U.Dahlan, Allahyarham C.Tajul()C.Mohd Abdoh(kini bertugas di MATRI)



Allayarham Dato' Dahlan bersama Isteri Allahyarhamah Halimaton ketika mesyuarat(MAIPS) Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin dan Dato' Seri Shahidanketika mesyuarat Ahli Majlis Agama Perlis pada 6/2/2007 di MATRI

- Allahyarham juga merupakakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perlis.
- Juga merupakan Bekas Presiden ABIM Negeri Perlis.
- Telah dianugerah Tokoh Guru 2007 Negeri Perlis, selepas 20 tahun penubuhan SMA MATRI yang bermula hanya 13orang pelajar.

Monday, August 23, 2010

PERGINYA SEORANG MURABBI


Allahyarham ketika bersama rakan diawal tahun 80an

Pada tanggal 21 Jun 2010 seluruh warga MATRI menerima berita perginya seorang Murabbi dikasihi iaitu Allayarham Cikgu Yahya Ismail sebelum itu mengikutinya Allahyarham Cikgu Tajul, Allahyarham Cikgu Halimaton, Allayarham Cikgu Ghazali Omar serta Allahyarham Cikgu Zainuddin Jusoh. Allahyarham menghidapi Astma begitu lama, berbagai kaedah perubatan digunakan untuk menyembuhnya. Allahyarham menghembus nafas di hotel Jeddah, Arab Saudi dimana beliau baru selesai mengerjakan umrah bersama isteri dan rakan-rakan sepejabat MATRI antara yang pergi mengerja umrah bersamanya ialah : U.Khairul Azhar, Cikgu Abdoh, Johari Nawi, U. Zainudin. Penulis merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui anak Reza Jazul Yahya yang bertugas di MATRI.
Allahyarham Cikgu Yahya Ismail lebih dikenali Sir kerana mengajar bahasa Inggeris MATRI yang hampir berusia 23tahun beliau juga menjawat jawatan PK. Kurikulum selepas bersara dari UITM. Penulis bagi pihak Unit Pentadbiran M3 sekali merakamkan Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan digolongkan didalam orang yang bertaqwa.