5 minit sampai Ku tempat kemalangan betul -betul dengan "spray pond"(kolam tadahan air untuk sistem cooling bagi operasi kilang gula) Aku cam sangat tempat tersebut dan faham amat sangat kerana 12 tahun bertugas di Kilang Gula didalam bahagian Pengeluaran dan Kejuruteraan. Jalan tutup dan di crosskan tape keselamatan" kelihatan kenderaan polis dan bomba, Jpam serta 2 Unit Carto(Super 6) berada tempat kejadian....... gemuruh dan debar ku kuat sekali terasa.......ayah ku rilex saja sambil berjalan melihat kebawah kakinya ....lecah sekali hujan lebat. Aku terus melihat dari jauh rakan sekerja .......Ust Khairul.....Ust Mahadzir.......Ust Shaari.......Pak Jo dah basah kuyup.....terus bertanya Usta Shaari siapa yang yang terlibat nama pelajar dan ketika itu dapat melihat keadaan Van yang dinaiki oleh 8 pelajar MATRI serta Saudara Shahidan.
Saturday, February 18, 2012
MUTIARA YANG HILANG
Hujan turun amat lebat sekali pada pagi 11 Sept 2011 ketika Penulis selepas menghantar Isteri sekolah untuk mengadakan tusyen dengan pelajarnya. Lalu terus ke kedai Pak Ndak yang terletak kira-kira 1/3 Km dari sekolah untuk membeli ikan dan sayur. Hujan masih turun lebat lagi sebaik memberhenti kereta dengan menggunakan payung bagi kekedai Ikan...................tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ambulan menderum bunyi "Beacon tanda supaya diberi laluan bagi tujuan Resque" Aku sempat menoleh sekejap untuk dari mana hendak kemana ambulan itu nak tuju. Bisik hati kecil Ku kat mana pula ni kejadian yang tak diingini berlaku. Dalam sanubari Ku amat tertarik untuk respon apabila berselisih dengan kenderaan Resque atau Polis. Sebab suatu ketika dulu pernah berada dalam unit tersebut. Selesai membeli ikan dan sedikit sayur bagi masak tengahari ni. Sebaik Aku tiba kat terus di siangkan ikan termenung untuk dibuat gulai dan goreng hujan -hujan ni sedap jika ada gulai hati kecil Ku dok memreka resepi tengahari ni. Tiba -tiba handphone Ku berbunyi........Zaujah Ku telefon....."Budak MATRI terlibat kemalangan kat Jalan Kilang Gula." Terus Aku fikir kat mana lokasi ni jalan Kilang Gula. Terus Aku cal ayahku yang tinggal kat Kampung Baru, Jalan Kilang Gula. Dan mengarah ayahku tunggu kat rumah.....nak pergi ambil untuk teman ke tempat kejadian tersebut. Sebaik saja sampai kat rumah ayah Ku handphone Ku bunyi lagi.......Ustaz Mahadzir tertera nama pemanggil "Bang Mi tolong sat nama waris pelajar ni". Terus Aku jawab "Ana ada kat Jalan Kilang Gula ni.......dah nak sampai.........ni pun mai ambil ayah nak ke tempat kemalangan. Hati Ku rasa gemuruh dan ketar bila cuba memandu tapi.......ayah Ku ada kat sebelah terus saja jalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment